Isnin, 30 Mei 2016

JAMBORI LENCANA JAYA PENGAKAP MUDA NEGERI JOHOR

Pada 27 Mei hingga 29 Mei 2016, seramai 7 orang ahli pengakap SMKKAP telah menyertai jambori Lencana Jaya Pengakap Muda, bertempat di SMK  Tengku Aris Bendahara, Kluang. Bersama-sama mereka ialah Pn Siti Suriani, Pn Hasnita dan En Nazarizal selaku pengurus.

Tiga orang ahli telah menerima Rambu Pengakap Muda, iaitu Aishah bt Mohd Johan, Ainin Sofiya bt Razali dan Muhammad Naqib Farhat, 

sementara 2 orang ahli  lagi telah menerima anugerah emas, 3 perak dan 2 gangsa.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada mereka.
SMKKAP Top 4


Bersama En Mohd Zaki Azman, Pesuruhjaya Daerah  Pengakap.


Muhammad Naqib Farhat, penerima Anugerah Rambu Pengakap Muda


Ainin Sofiya bt Razali, penerima Rambu Pengakap Muda



sedang menikmati juadah tengah hari

Barisan ahli pengakap yang menyertai Jambori Lencana Jaya Muda




Selasa, 24 Mei 2016

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSD 2016

7 hingga 9 Mac 2016, seramai 45 atlet mewakili sekolah dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pontian dan telah berjaya memungut 12 pingat emas, 1 pingat perak dan 11 pingat gangsa. Jumlah pungutan pingat ini telah melayakkan sekolah kita menduduki tempat ketiga daripada 16 buah sekolah menengah yang bertanding di daerah Pontian.  SMKKAP juga menjuarai Johan Keseluruhan L18 dan seorang atlet Mohd Ali Nusuri telah dinobatkan sebagai Olahragawan Daerah. Syabas dan Tahniah atas kecemerlangan ini!










Pada 13 hingga 14 Mei 2016, perjumpaan Pengakap Wanita Peringkat Negeri telah diadakan di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram. Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta pengakap sekolah kita, Nurdinnie, Aisyah, Siti Aisyah dan Ainin Sofea yang telah berpeluang menyertai perhimpunan berilmu ini.




Pada 20-21 Mei 2016, seramai 11  orang atlet sekolah di bawah Program Pembangunan Sukan SMKKKAP telah  sederap langkah meningkatkan stamina dan pencapaian masing-masing apabila mereka menyertai beberapa acara dalam Olahraga Terbuka Johor yang diadakan di Sekolah Sukan Negeri Tun Hussein Onn, Kluang. Syabas, Mohd Aznor telah mendapat Johan acara Lompat Kijang, sementara 11 orang atlet lagi berpeluang menimba pengalaman selain menguji kemahiran/bakat masing-masing. Semoga, pengalaman ini dapat dijadikan panduan dan tips untuk kejayaan lebih cemerlang dalam arena sukan.

Tahniah dan syabas juga kepada En Mohd Zaki dan En Mohd Azman yang sentiasa berinisiatif mencari peluang berjuang untuk mengetengahkan bakat kalangan atet sekolah.
SMKKAP Top 4!






Rabu, 18 Mei 2016

HARI PUTERI


PADA 13 MEI, PERGERAKAN PUTERI ISLAM SMKKAP TELAH MENGHANTAR AHLINYA MENYERTAI PERTANDINGAN GUBAHAN PUTERI PERINGKAT DAERAH DI SK PT SELANGOR, PONTIAN. TAHNIAH KERANA MEREKA MENDAPAT HADIAH SAGU HATI. 




Khamis, 12 Mei 2016

PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH PONTIAN

Pesta Pantun Daerah telah diadakan di SMK Sri Kukup pada 30 hingga 31 Mac 2016. SMKKAP telah mendapat tempat ketiga mengalahkan SMK ayer Baloi dalam peringkat Separuh Akhir. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMANTUN SMKKAP yang sentiasa kreatif dan inovatif. terima kasih diucapkan kepada Pn Arpah, selaku guru pembimbing.




Rabu, 11 Mei 2016

LAWATAN PPJ


11 April 2016, SMKKAP telah menerima kunjungan rasmi Tuan Pengarah Pendidikan Johor, Tn Hj Aminuddin bin Adam. Beliau berbangga atas kejayaan sekolah ini kerana dalam masa 4 bulan sahaja, sekolah ini telah berjaya menterjemahkan idea/konsep Sekolah Transformasi sebagaimana hasrat KPM. 




Ucapan alu-aluan yang sentiasa menyuntik motivasi warga SMKKAP

Lawatan ke KBM 


Menyaksikan PdP mata pelajaran Sains yang diajarkan oleh Pn Naziza

Lawatan ke KBM PSK

Mengukir kenangan bersama-sama barisan pentadbiran SMKKAP dan Pegawai PPD Pontian


AYAM RINTIK DI TENGAH HUTAN,
NAMPAK DARI TEPI TELAGA;
SEKOLAH  YANG BAIK JADI INGATAN,
SERIBU TAHUN TERKENANG JUA.

PAMERAN BUKU DAN ANIMASI 2016



Ainin Sofia telah mendapat Johan Pertandingan Khat sempena Pameran Buku Animasi yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Pontian pada 10 April 2016.


Hasil Karya Aini Sofea  

Melakar Kejayaan Mei

Nur Rashidah bt Rashid: Naib Johan Catur MSSD



KAWAD KAKI NGO DAERAH  : NAIB JOHAN



 TENIS MSSD: KE-4 (NUR ALIA)


TENIS MSSD P15- Ke-4 (SITI AISYAH)



Buletin Mei

SANA SINI CERITA CERIA....

PERSARAAN EN MOHD KHIRUDDIN BIN SULIMAN

19 April 2016