SMKKAP telah dicanangkan sebagai Sekolah Cemerlang 2016 oleh Kawasan Parlimen Pontian sempena Malam Apreasiasi Guru-Guru dan PIBG Kawasan Parlimen Pontian. YB Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan , Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah menyampaikan anugerah berprestij itu. Syabas dan tahniah SMKKAP!
Sabtu, 18 Jun 2016
Bola Baling MSSD Pontian 2016
Pada 26 hg 27 Januari 2016, Pasukan Bola Baling L18 dan P18 di bawah jurulatihnya En Khairulhisham bin Ali Barzom telah melakar kejayaan cemerlang apabila mendapat tempat ketiga Bola Baling P18 dan Naib Johan Bola Baling L18. Sekali lagi, sejarah kecemerlangan dicatat setelah setahun menyepi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada team Bola Baling SMKKAP!
Program PIBK bersama Bank Islam
19 Mei 2016, PIBG SMKKAP telah mengadakan program jalinan kerjasama dengan komuniti setempat, iaitu Bank Islam Pontian. Pihak bank bersedia untuk membantu sekolah dalam apa-apa jua program kecemerlangan sekolah. Tahniah diucapkan kepada pihak Bank Islam yang telah berkongsi ilmu perbankan serta menawarkan khidmat sumbangan kepada pihak sekolah.
Encik Azman selaku pegawai Bank Islam yang diamanahkan membawa misi Bank Islam, turut merasmikan Bilik PIBG.
Encik Azman selaku pegawai Bank Islam yang diamanahkan membawa misi Bank Islam, turut merasmikan Bilik PIBG.
Kursus Asas Lukisan Mural Daerah Pontian 2016
4 orang pelajar SMKKAP telah mengikuti program latihan kemahiran tidak formal iaitu Kursus Asas Lukisan Mural, peringkat daerah Pontian. pelajar tersebut ialah Rabiatul Adawiyah bin Lokman, Muhamad Lukman Bin Ramli, Muhammad Naqib Imran bin Mat Sahadi dan Nurul Najwa bt Saini.
Kurus ini diadakan pada setiap hari Jumaat mulai 29 April, 6,13,20,27 Mei dan 4 Jun 2016.. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar tersebut.
semoga bangunan SMKKAP akan semakin ceria dengan pelbagai mural menarik, hasil sentuhan kreativiti mereka.

Langgan:
Catatan (Atom)