Selasa, 19 Julai 2016

Johan softbol MSSD Pontian

Tiga tahun berturut-turut SMKKAP  berjaya mengekalkan kejuaraannya dalam acara elit Softbol yang sentiasa menguji minda dan kreativiti pemainnya. Syabas diucapkan kepada team softball. Tidak lupa khususnya kepada jurulatihnya En Syahrul Razy (juruteknik komputer) dibantu oleh En. Azrul (jurulatih luar) yang sangat komited. Kepada Pn Siti Nor Azwana dan Pn Sheril, dedikasi kalian mengurus team Softball sekolah amat diperlukan sepanjang masa.

Ceria menyambut kemenangan

Kejohanan Bola Sepak MSSD Lelaki Bawah 15

17 hingga 18 Julai menyaksikan perlawanan bola sepak MSSD Pontian di padang SMKSP, SMKKAP dan SMKDAHA.


SMK KAYU ARA PASONG TELAH MERANGKUL  NAIB JOHAN kejohanan Bola sepak kali bawah 15 pada kali ini setelah berhempas pulas melawan pasukan SMKDAHA. Syabas dan tahniah diucapkan kepada team bola sepak sekolah dan jurulatihnya En Azril Shahril, En Yusmaredza, En Azman dan En Nazarizal  selaku pengurus teknikal. SMKKAP TOP 4