Selasa, 19 Julai 2016

Johan softbol MSSD Pontian

Tiga tahun berturut-turut SMKKAP  berjaya mengekalkan kejuaraannya dalam acara elit Softbol yang sentiasa menguji minda dan kreativiti pemainnya. Syabas diucapkan kepada team softball. Tidak lupa khususnya kepada jurulatihnya En Syahrul Razy (juruteknik komputer) dibantu oleh En. Azrul (jurulatih luar) yang sangat komited. Kepada Pn Siti Nor Azwana dan Pn Sheril, dedikasi kalian mengurus team Softball sekolah amat diperlukan sepanjang masa.

Ceria menyambut kemenangan

Kejohanan Bola Sepak MSSD Lelaki Bawah 15

17 hingga 18 Julai menyaksikan perlawanan bola sepak MSSD Pontian di padang SMKSP, SMKKAP dan SMKDAHA.


SMK KAYU ARA PASONG TELAH MERANGKUL  NAIB JOHAN kejohanan Bola sepak kali bawah 15 pada kali ini setelah berhempas pulas melawan pasukan SMKDAHA. Syabas dan tahniah diucapkan kepada team bola sepak sekolah dan jurulatihnya En Azril Shahril, En Yusmaredza, En Azman dan En Nazarizal  selaku pengurus teknikal. SMKKAP TOP 4

Sabtu, 18 Jun 2016

Anugerah Cemerlang SPM 2015

SMKKAP telah dicanangkan sebagai Sekolah Cemerlang 2016 oleh Kawasan Parlimen Pontian sempena Malam Apreasiasi Guru-Guru dan PIBG Kawasan Parlimen Pontian. YB Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan , Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah menyampaikan anugerah berprestij itu. Syabas dan tahniah SMKKAP!




Bola Baling MSSD Pontian 2016

Pada 26 hg 27 Januari 2016, Pasukan Bola Baling L18 dan P18 di bawah jurulatihnya En Khairulhisham bin Ali Barzom telah melakar kejayaan cemerlang apabila mendapat tempat ketiga Bola Baling P18 dan Naib Johan Bola Baling L18. Sekali lagi, sejarah kecemerlangan dicatat setelah setahun menyepi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada team Bola Baling SMKKAP!





Program PIBK bersama Bank Islam

19 Mei 2016,  PIBG SMKKAP telah mengadakan program jalinan kerjasama  dengan komuniti setempat, iaitu Bank Islam Pontian. Pihak bank bersedia untuk membantu sekolah dalam apa-apa jua program kecemerlangan sekolah. Tahniah diucapkan kepada pihak Bank Islam yang telah berkongsi ilmu perbankan  serta menawarkan khidmat sumbangan kepada pihak sekolah.
Encik Azman selaku pegawai Bank Islam yang diamanahkan membawa misi Bank Islam,  turut merasmikan Bilik PIBG.










Kursus Asas Lukisan Mural Daerah Pontian 2016

4 orang pelajar SMKKAP telah mengikuti program latihan kemahiran tidak formal iaitu Kursus Asas Lukisan Mural, peringkat daerah Pontian. pelajar tersebut ialah Rabiatul Adawiyah bin Lokman, Muhamad Lukman Bin Ramli, Muhammad Naqib Imran bin Mat Sahadi dan Nurul Najwa bt Saini.

Kurus ini diadakan  pada setiap hari Jumaat mulai 29 April, 6,13,20,27 Mei dan 4 Jun 2016.. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar tersebut.
semoga bangunan SMKKAP akan semakin ceria dengan pelbagai mural menarik, hasil sentuhan kreativiti mereka.





Isnin, 30 Mei 2016

JAMBORI LENCANA JAYA PENGAKAP MUDA NEGERI JOHOR

Pada 27 Mei hingga 29 Mei 2016, seramai 7 orang ahli pengakap SMKKAP telah menyertai jambori Lencana Jaya Pengakap Muda, bertempat di SMK  Tengku Aris Bendahara, Kluang. Bersama-sama mereka ialah Pn Siti Suriani, Pn Hasnita dan En Nazarizal selaku pengurus.

Tiga orang ahli telah menerima Rambu Pengakap Muda, iaitu Aishah bt Mohd Johan, Ainin Sofiya bt Razali dan Muhammad Naqib Farhat, 

sementara 2 orang ahli  lagi telah menerima anugerah emas, 3 perak dan 2 gangsa.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada mereka.
SMKKAP Top 4


Bersama En Mohd Zaki Azman, Pesuruhjaya Daerah  Pengakap.


Muhammad Naqib Farhat, penerima Anugerah Rambu Pengakap Muda


Ainin Sofiya bt Razali, penerima Rambu Pengakap Muda



sedang menikmati juadah tengah hari

Barisan ahli pengakap yang menyertai Jambori Lencana Jaya Muda